ADAKAH KITA BOLEH MENGAWAL INFLASI?

Kadar rasmi inflasi Malaysia pada bulan Februari ialah 2.2% sementara kadar rasmi inflasi Amerika Syarikat pada bulan yang sama ialah 7.9% (angka tertinggi dalam masa 40 tahun!). As high as they are, tuan puan semua, angka-angka ini sebenarnya adalah fiksyen! Ianya telah di ‘masaj’kan untuk kelihatan lebih indah. After all, mana mungkin kadar inflasi 2.2% apabila harga banyak barangan termasuk sayur naik 50%-200%!

Sebagai rakyat, kita tak boleh mengawal kadar rasmi inflasi kerana ianya di luar kawalan kita. 

Tetapi impak inflasi adalah benar, dan teramat benar! Samada kita suka atau tidak, kita terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk membeli sayur dan makanan yang lain. Kita juga terpaksa membayar harga yang lebih tinggi untuk membeli barangan-barangan lain. 

Itu kehidupan seharian.

Tapi berita buruknya tidak habis di sini kerana kita juga akan menerima padah inflasi ini di masa depan. Ini adalah kerana kuasa belian wang kita di masa depan akan tenggelam di badai inflasi. 

Sebagai contoh, kita bayar RM7 untuk secawan kopi (di café) sekarang. Harga kopi yang sama tiga tahun, lima tahun dan 10 tahun akan datang akan jauh lebih tinggi. Mungkin kita perlu membayar RM50 untuk secawan kopi 10 tahun dari sekarang!

Jadi kita perlulah bertindak untuk menyelamatkan kuasa pembelian wang kita dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita di dalam savings account, fixed deposit, Tabung Haji dan malah ASB ke dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi daripada kadar inflasi. Salah satu daripada pelaburan ini adalah EMAS.

Akhirnya, kita juga perlu menghijrahkan wang tersebut dengan secepat mungkin. Jangan tunggu lama-lama sebab setiap hari kita tunggu bermakna lebih kuranglah jumlah wang kita di masa hadapan.

Kredit: Mentor Kewangan Azizi Ali

Post a Comment

0 Comments