KISAH PENYIMPAN EMAS


Ada KISAH di sebalik setiap penyimpan emas.

Pengalaman saya melihat banyak perkara Positive tentang emas.

Antaranya :

1) Orang yang tak pernah ada simpanan duit walaupun telah bekerja selama 10 tahun. Tetapi apabila mulalan simpanan emas, mereka sebenarnya “berduit”.

2) Orang yang boros tahap kayangan. Bila cek jumlah duit dalam bank sedihnya Zero. Jadi mereka mula alihkan duit kepada emas dan sedikit sebanyak “tabiat” boros itu hilang. Hanya tahu shopping emas.

3) Orang yang ada matlamat untuk dana Pendidikan anak-anak. Kata mereka, ketika mana mereka sambung belajar dulu, ibu bapa mereka di kampung berkorban banyak “harta” untuk Jual dan gadai, salah satunya emas. 

4) Orang yang suka menyimpan duit dan Tiada masalah dengan simpanan. Tetapi bila mula menyimpan emas, simpanan itu lebih bersinar kerana nilai.

5) Orang yang jadikan emas sebagai penyumbang atau batu loncatan untuk miliki aset lain seperti rumah. Emas dijadikan deposit miliki rumah.

Banyak lagi contoh hendak diberikan tetapi setiap daripada penyimpan emas ini mempunyai kisah yang berbeza dan menarik.

Emas membuatkan kita lebih waras berfikir.

Post a Comment

0 Comments