HATI-HATI SKIM MURAH KEMBALI



Apabila harga emas naik, skim emas murah kembali semula. Kalau dahulu dikenali dengan skim emas delay, skim ETA, cashback, yang mana emas 999 dijadikan jualan, sekarang mereka guna pendekatan emas 916 pula.

Kononnya harga emas murah berbanding pasaran, harga pasaran RM270 dia jual RM210 atau RM220, dengan syarat bayaran penuh awal dan tunggu 3 bulan baru dapat emas.

Kenapa perlu tunggu? Kalau betul emas murah beli terus dapat? Nak import dari Zimbabwe ke sampai nak kena tunggu?

Kalau betul boleh dapat harga murah begitu, bank negara borong dulu kot letak dalam reserved, syarikat besar seperti pohkong, public gold pun tempah 8 tan terus kot.

Jangan terpedaya dengan skim emas murah begini walaupun terbukti emas diterima seperti yang dijanjikan, kerana penerima  emas tersebut dapat subsidi daripada pembeli baru. Mereka pusing sampailah skim tersontot.

Jauhi skim emas murah sebegini. Ingat, tiada emas yang terlalu murah dari pasaran kecuali tipu semuanya.

FB muamalat dot my

Post a Comment

0 Comments