Pada tahun 1939, George Bernard Dantzig adalah seorang mahasiswa di sebuah universiti di Amerika Syarikat.
Pada suatu hari, dia datang terlewat pada mata pelajaran matematik dari Prof. Jerzy Neyman.
Sewaktu dia masuk ke dalam kelasnya, ternyata pensyarah dan kawan-kawan sekuliahnya sudah pun pulang.
George kemudian melihat ada dua buah soalan pada papan tulis kelasnya. Pada fikirannya, itu pasti tugasan yang baru diberikan oleh sang profesor! Lalu dia pun segera mencatat pada bukunya dan pulang.
Berhari-hari dia mencuba untuk menyelesaikan tugasan tersebut, berbagai cara dia cuba.
“Jarang sekali pensyarah memberikan tugasan sedemikian susahnya, tapi pasti ada jawabannya… pasti ada…,” kata hatinya.
Pada akhirnya, ia berhasil juga menyelesaikan soalan no.1. Keesokan harinya dia pun mengumpulkan tugasan tersebut dan meletakkannya di ruangan kerja profesornya.
Waktu tengahari, dia dicari oleh sang profesor yang bertanya kehairanan, sekali gus penuh bersemangat, “Macamana kamu boleh menyelesaikan soalan tersebut?”
George menjelaskan semua usahanya.
Anda tahu apa jawapan dari sang profesor tersebut?
Soalan itu sebenarnya ditulis oleh sang profesor ketika dia sedang menerangkan di dalam kelas tentang dua buah soalan tersulit di muka bumi ini dan hingga waktu ini belum ada sesiapa pun yang boleh menyelesaikannya!
Bererti, jika George mengikuti mata pelajaran di dalam kuliah tersebut, mungkin waktu itu dia berfikir bahwa itu memang soalan tersulit; juga berfikir bahwa memang tak ada seorang pun yang dapat menyelesaikannya.
George Bernard Dantzig kemudian menjadi profesor yang sangat terkenal dan disegani di Stanford University.
Dialah pemecah soalan tersulit, dan dia menyelesaikannya ketika dia memang tak tahu bahawa yang dikerjakannya adalah soalan tersulit di dunia ini.
Sahabat.... fikiran kita sesungguhnya memiliki kemampuan yang sangat luarbiasa. Tetapi seringkali diracuni oleh hal-hal negatif yang masuk dari luar diri kita sehingga melemahkan fikiran kita.
Dalam hal ini, kata-kata seperti:
“Tidak mungkin”,
“Sangat sulit”,
“Mustahil",
"Tidak ada harapan",
“Tidak akan boleh”, dan lainnya adalah racun fikiran yang boleh menciptakan "mental block", yang akan membatasi dan melemahkan kemampuan fikiran kita.
Oleh kerana itu, buang jauh-jauh kata-kata terlarang itu jika mahu mengecapi kejayaan di dalam kehidupan ini.
Jadilah peribadi diri yang positif, yang memiliki harapan tinggi dan kekecewaan yg pendek. Itu yang akan menghebatkan diri kita.
A DREAM IS JUST A DREAM UNTIL IT'S PUT INTO ACTION (FIFI BUCHANAN)

0 Comments