RM10,000 NAK BUAT APA?

 

KWSP pada asasnya untuk simpanan hari tua selepas pencen nanti. Saya sendiri buat keputusan buat pengeluaran untuk tambah simpanan emas. 

Imbas kembali sejarah, tahun 2008 dengan RM10,000 kita dapat beli jongkong emas seberat 100 gram. 

Hari ini 19 April 2022, RM10,000 cuma dapat beli 34.48 gram emas. Jauh kan beza nilai wang untuk tempoh 14 tahun. Umum tahu setiap tahun nilai duit kertas pasti menyusut disebabkan inflasi. 

Inflasi pula berlaku disebabkan oleh cetakan wang kertas semakin banyak. Ketika pandemik Covid-19 berlaku, sebanyak USD3 trillion wang kertas dicetak. 

Jumlahnya sangat besar, iaitu 1/5 dari keseluruhan wang kertas telah dicetak sepanjang sejarah Amerika Syarikat. 

Kesimpulannya, nak simpan dalam bentuk apa terpulang lah dengan pilihan masing-masing. Paling penting anda tak silap langkah join skim cepat kaya. Sia-sia titik peluh anda nanti.

Post a Comment

0 Comments