SIAPAKAH YANG PERLU MEMULAKAN SIMPANAN EMAS?

 

1. Jika anda susah nak mengawal nafsu berbelanja, cubalah menyimpan Emas.

Penyimpan Emas mereka sayang nak cairkan emas mereka semata2 untuk berbelanja kecuali jika perlu sahaja.


2. Peniaga yang ingin mempelbagaikan simpanan hasil dari Keuntungan jualan mereka.

Simpanan Emas ini dapat mengelakkan wang mereka di belanjakan ke tempat yang tidak perlu. 

Selain itu mereka juga dapat menjual semula atau memajak emas tersebut ketika mereka memerlukan modal tambahan dan sebagainya.

3. Bagi yang ingin membuat pelaburan / simpanan dalam jangkamasa yang panjang.

Simpanan Emas sangat sesuai untuk jangka masa yang panjang kerana ciri-cirinya yang kalis inflasi berbanding simpanan wang tunai.


4. Mereka yang berhajat untuk mula mengumpul aset namun masih belum mampu untuk membeli aset yang mahal seperti rumah dan tanah.

Amalkan konsep menyimpan dulu, kemudian gunakan sebagai modal / bayaran pendahaluan untuk membeli aset yang lebih besar nanti.

Post a Comment

0 Comments