SIMPANAN YANG DILUPAKAN

Bagi sesiapa yang nak jadikan emas sebagai forgotten saving, mulakan dulu 1 bulan 1 gram. CUBA DISIPLINKAN cara macam ni dulu.

Simpan sikit-sikit tapi secara berterusan adalah lebih baik berbanding beli sekali banyak lepas tu tak beli dah.

Perkara paling penting dalam menyimpan adalah memupuk tabiat dan disiplin, bukannya jumlah yang nak disimpan.

Bila tabiat dah betul, impak yang besar akan datang dalam jangkapanjang.

Simpan 1 bulan 1 gram nampak kecil, tapi percayalah nanti sedar-sedar setahun dah ada 12 gram atau lebih.

Cara memupuk tabiat ni mudah jika dipraktikkan iaitu bila dapat saja gaji, terus beli emas sekurangnya 1 gram sebagai simpanan.

Simpan dan terus lupakan.

Jangan diingat-ingatkan lagi.

Saya yakin, bila dah beli emas ia lebih mudah dilupakan berbanding simpan duit dibank.

Simpanan duit dibank, lagi diingat lagi cepat ia akan habis dibelanjakan, tapi simpanan emas lagi diingat ia pasti semakin bertambah gramnya.

Kenapa boleh jadi begitu? Sememangnya fitrah manusia dengan duit adalah seronok dibelanjakan, selagi tak habis selagi tu tak puas, tapi manusia dengan emas seronok kumpul banyak dan sayang untuk dijual (dibelanjakan).



Post a Comment

0 Comments