10 ALASAN TIDAK SIMPAN EMAS

 


Untuk orang yang belum bermula menyimpan emas, alasan akan terus dicipta dan tercipta.

Alasan 1️⃣ : Esok-esoklah saya mulakan simpanan emas.

Jawapan : Dah banyak kali esok dah ni kan?

Alasan 2️⃣ : Saya tunggu duit banyak baru nak mula simpan emas.

Jawapan : Jika duit sikit tidak menyimpan, duit banyak pasti kita menyimpan?

Alasan 3️⃣ : Bulan depan saya mulakan simpanan emas sebab banyak dapat OT.

Jawapan : Selalunya bila belum dapat duit, memang kita rancang untuk menyimpan. Bila sudah dapat duit, kita akan bertangguh ke bulan depan lagi.

Alasan 4️⃣ : Saya tunggu harga emas turun baru nak mula simpan emas.

Jawapan : Percayalah apabila harga emas turun, kita tidak akan mulakan juga kerana kita akan rasa rugi disebabkan nilai emas kononnya jatuh.

Alasan 5️⃣ : Saya tunggu harga emas naik dan yakin nak mulakan simpanan emas.

Jawapan : Harga emas turun pun kita tidak ambil peluang inikan ketika harga emas naik lagi lah fikiran kita bercelaru.

Alasan 6️⃣ : Balik nanti saya tanya isteri saya.

Jawapan : Pasti isteri setuju. Perempuan dan emas tidak dapat dipisahkan.

Alasan 7️⃣ : Harga emas mahal lah sekarang.

Jawapan : Baguslah jika emas mahal sebab kita menyimpan benda yang mahal bukan benda murah.

Alasan 8️⃣ : Bahayalah simpan emas ni. Nanti kena rompak.

Jawapan : Iphone kita letak atas meja rileks je. Harga Iphone tu cecah RM7K sedangkan 1 gram emas hanya sekitar RM280++.

Alasan 9️⃣ : Duit belum ada nak simpan emas

Jawapan : Sebenarnya bukan duit belum ada tetapi kita belum bersedia. Dalam pemikiran kita, emas bukan keutamaan. Yang utama bagi kita handbag Coach, Kasut Adidas, Jam Bonia, makanan western dan lain².

Alasan 🔟 : Kalau beli emas nanti kena bayar zakat pulak.

Jawapan : Jangan takut zakat tetapi syukur jika kita dipilih untuk menjadi sebahagian daripada pembayar zakat. Simpan 1 gram emas belum kena zakat.

Cukuplah 10 alasan dan jawapan.

Semoga bermanfaat💟💟💟

Post a Comment

0 Comments